Pejabat lama Yayasan Sabah Kota Belud terbakar

3 Ogos 2017

KOTA BELUD – Pejabat Yayasan Sabah yang sudah lama dikosongkan terbakar dalam satu insiden yang berlaku pagi tadi di Jalan St. Edmund, Kampung Pirasaan sini.

Jurucakap bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, pihak mereka telah menerima panggilan kecemasan tersebut pada jam 8.58 pagi.

“Api yang sedang marak itu berjaya dikawal pada jam 9.16 pagi,” katanya, dimana operasi memadam kebakaran itu tamat pada jam 10.50 pagi.

Punca kejadian kebakaran tersebut tidak diketahui.

Sejumlah tujuh anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud terlibat didalam operasi memadam kebakaran itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *