Persatuan Gusti Lengan Labuan bakal hantar wakil dalam kejohanan kebangsaan

FOTO: BARISAN ahli Persatuan Gusti Lengan Wilayah Persekutuan Labuan. 

6 Ogos 2017

LABUAN – Persatuan Gusti Lengan Wilayah Persekutuan Labuan mensasarkan untuk melahirkan bakat tempatan yang mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

Jurucakap persatuan, Zulkifli Latip berkata, mereka kini sedang mempersiapkan atlet mereka untuk kejohanan gusti lengan di peringkat kebangsaan.

“Persatuan kami yang baharu ditubuhkan pada bulan Ogos 2015 dan berdaftar dengan Kementerian Suruhanjaya Sukan Malaysia pada 3 Mac tahun ini sedang berusaha untuk melahirkan atlet dalam sukan gusti lengan.

“Kami kini mempunyai seramai 16 orang ahli, dimana rata-rata kami pernah menyertai beberapa kejohanan yang diadakan di Sabah dan Sarawak.

“Antara kejohanan tersebut ialah UMS Tamu Gadang 2015, Kejohanan Persahabatan Tiga Penjuru Tenom 2016, Perlawanan Persahabatan antara Labuan dengan Penampang, Keningau dan Jollys Team Sabah 2017.

Beliau berkata lanjut, salah seorang ahli persatuan iaitu Akmal Ariffin Majid pernah menjuarai Terbuka UMSKAL Tamu Gadang 2015 dan dalam perlawanan persahabatan yang dianjurkan sebelum ini.

Sementara itu, beliau (Zulkifli) sendiri pernah mendapat tempat ketiga dalam Kejohanan Putatan 2016 dan pernah mengikuti pemilihan dalam Kejohanan Gusti Lengan Dunia pada tahun 2015 serta beberapa kejohanan lain.

Zulkifli dan Akmal Ariffin bakal mewakili persatuan yang juga dikenali sebagai Labuan Arm Wrestling Association dalam kejohanan gusti lengan di peringkat kebangsaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *