Ketua setiausaha kementerian kesihatan perjelas isu ambulans

10 Ogos 2017

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kelmarin menjelaskan berkenaan dengan kenyataan akhbar  yang mendakwa bahawa perolehan ambulans KKM bernilai sehingga RM400 juta adalah tidak tepat sama sekali.

Ketua Setiausaha KKM, Datuk Seri Dr. Chen Chaw Min berkata, perolehan kenderaan ambulans sebanyak 500 buah adalah berjumlah RM225.2 juta sahaja dimana separuh daripada ambulans ini adalah jenis ambulans spesifikasi penuh yang dilengkapkan dengan peralatan perubatan terkini.

Antara kelengkapan perubatan dalam ambulans tersebut ialah seperti Advance Cardiac Care Device, Portable Ventilator, Portable Medical Suction Unit, Foldable Stretcher with Safety Belt, Syringe Perfusion Pumps dan Vital Sign Monitor.

Dr. Chen juga menjelaskan bahawa sejak tahun 2010, sebanyak 925 buah ambulans telah diperolehi dengan nilai hampir RM389 juta.

“Dengan kenyataan ini, diharap pihak yang tidak bertanggungjawab tidak memutarbelitkan fakta sebenar bagi mengelirukan rakyat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *