Pejalan kaki maut dilanggar di Jalan Merdeka Labuan

9 Ogos 2017

LABUAN – Seorang pejalan kaki wanita berumur 57 tahun maut apabila dilanggar oleh kenderaan jenis Toyota Hilux dalam kejadian yang berlaku di Jalan Merdeka sini lebih kurang jam 6.35 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Labuan, ACP Adzhar Othman berkata, wanita berkenaan maut di tempat kejadian disebabkan oleh kecederaan parah pada bahagian kepalanya.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa terbabit dilanggar apabila dia secara tiba-tiba melintas jalan dari arah Public Bank Labuan menuju ke seberang jalan oleh pemandu Toyota Hilux tersebut. 

“Pemandu itu iaitu seorang lelaki berumur 58 tahun sebelum itu bergerak dari arah bulatan Harrison menuju ke terminal feri,” katanya.

Beliau berkata lanjut, pemandu terbabit telah ditahan polis dan disiasat dibawah Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *