Empat puluh lima bekas pelajar TBS gembira dapat berjumpa semula

12 Ogos 2017

Seramai 45 orang bekas pelajar Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin (TBSS), Negeri Sembilan yang bersekolah di sekolah tersebut dari tahun 1979 hingga 1983 bertemu kembali dalam Majlis Perjumpaan Semula (Reunion) 4.0 di Hotel Jeonsa, Kuala Lumpur yang dianjurkan baru-baru ini.

Pengerusi penganjur, Norzain Abd Wahab berkata, pertemuan itu diadakan untuk meraikan bekas pelajar TBS sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

“Dengan bertemakan Terlajak Raya, program ini masih mampu mengumpulkan bekas pelajar dari seluruh negeri di semenanjung. Kesudian bekas pelajar untuk menghadiri majlis tersebut cukup mengujakan.

“Apa yang penting, masih ada bekas pelajar yang sentiasa berusaha untuk menjayakan Majlis Reunion TBS 1979/1983. Saya ucapkan terima kasih kepada rakan yang dapat meluangkan masa untuk menghadiri program tersebut,”katanya.

Norzain tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Penyelaras Program, Noor Afwah Kamarudin, Salina @ Sally Sharif dan Suzana Mohd Johari dan semua ahli jawatankuasa penganjur yang bertungkus-lumus untuk menjayakan majlis itu.

Majlis yang bermula pukul 2 petang itu dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan untuk mengukuhkan lagi persahabatan dikalangan mereka.

Apa yang menariknya, Noor Afwah berkata, kesemua bekas pelajar tersebut dikehendaki memakai pakaian raya atau pakaian kebudayaan masing-masing.

Sementara itu, Suzana Mohd Johari mahu program reunion itu diadakan lagi pada masa akan datang kerana ia mampu mengeratkan lagi tali silaturrahim dikalangan mereka.

“Majlis ini memberi peluang kepada kami untuk beramah mesra dan mengimbas semula cerita semasa bersekolah di TBS dahulu.

“Pertemuan ini amat menyeronokkan apatah lagi ada dikalangan kami yang pertama kali berjumpa selepas menamatkan persekolahan pada tahun 1983 dahulu,” katanya.

Reunion kali pertama telah diadakan di kawasan sekolah TBS, kali kedua di Chorus Hotel Kuala Lumpur dan ketiga di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *