LHDNM nafi keluarkan emel notifikasi bayaran balik

12 Ogos 2017

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menafikan telah mengeluarkan emel notifikasi bayaran balik kepada pembayar cukai yang kini sedang berlegar di alam maya.

Jurucakap LHDNM berkata, lebihan bayaran balik cukai pendapatan yang berjaya diproses berdasarkan maklumat yang betul akan dikreditkan terus oleh pihak LHDNM ke akaun bank pembayar cukai menerusi pembayaran secara Electronic Fund Transfer (EFT) atau menerusi Baucar Bayaran Balik Cukai (BBBC), Cek Berpalang dan Telegraphic Transfer (untuk mereka yang mempunyai akaun di luar negara).

Imej emel palsu tersebut adalah seperti berikut:

Emel berkenaan juga mengkehendaki pembayar cukai untuk klik di pautan yang dilampirkan sebagai prosedur untuk menyemak kelayakan menerima bayaran balik cukai.

LHDNM menasihatkan semua pembayar cukai agar berhati-hati dan tidak memberikan maklum balas terhadap sebarang arahan dalam emel tersebut.

Pembayar cukai boleh menghubungi Hasil Care Line LHDNM di talian 1-800-88-5436 atau mana-mana cawangan LHDNM berhampiran untuk pengesahan terlebih dahulu bagi sebarang notifikasi yang diterima.

Nombor talian cawangan LHDNM boleh didapati di Portal Rasmi LHDNM www.hasil.gov.my. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *