Dua puluh dua kereta tidak terpakai terbakar di Inanam

22 Ogos 2017

KOTA KINABALU – Sejumlah 22 buah kereta tidak terpakai hangus terbakar dalam insiden kebakaran yang berlaku di salah sebuah bengkel kereta di Inanam pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, bengkel kereta tersebut dikenal pasti sebagai Gardenier Workshop.

“Pihak kami telah menerima panggilan kecemasan tersebut pada jam 11.02 pagi. Sejurus menerima panggilan itu, lapan orang anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Lintas bergegas ke lokasi terbabit yang terletak sejauh tujuh kilometer.

“Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian ini. Selain kereta, longgokan bahan buangan juga terbakar dalam insiden ini,” katanya.

Operasi memadam kebakaran tersebut tamat pada jam 12.30 tengah hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *