Pemandu lori patah kaki dalam kemalangan di Jalan Apas, Tawau

22 Ogos 2017

TAWAU – Seorang lelaki berumur 40 tahun cedera iaitu patah kaki sebelah kanan setelah lori satu tan yang dipandu olehnya bertembung dengan lori treler di Batu Tiga, Jalan Apas sini pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, mangsa yang cedera itu dikenali sebagai Fathurrahman Abdul Manaf yang kini berada dalam keadaan semi kritikal.

“Anggota kami yang tiba di lokasi kejadian beberapa minit selepas menerima panggilan kecemasan itu mendapati mangsa terbabit tersepit di dalam lori satu tan itu sebelum diselamatkan oleh anggota kami.

“Mangsa telah dihantar ke hospital dengan menggunakan jentera EMRS untuk menerima rawatan lanjut,” katanya dan menjelaskan pihak mereka telah menerima panggilan kecemasan tersebut pada jam 8.10 pagi.

Sejumlah lapan orang anggota bomba dan penyelamat yang diketuai oleh Hajim Abdul Malak dari Balai Bomba dan Penyelamat Tawat terlibat didalam operasi menyelamat mangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *