Dihanyut arus banjir: Warga tua maut terperangkap dalam 4WD di Beaufort

FOTO: ANGGOTA bomba dan penyelamat berusaha mengeluarkan mayat mangsa dari kenderaan pacuan empat roda tersebut.

30 Ogos 2017

BEAUFORT – Arus air banjir yang berlaku di Kampung Lingkungan sini telah menyebabkan seorang lelaki warga tua berumur dalam lingkungan 60-an maut akibat lemas dalam kejadian yang berlaku semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, mangsa tersebut yang sedang memandu kereta pacuan empat roda (4WD) Ford Ranger berseorangan terperangkap di dalam kenderaannya ketika dihanyutkan oleh arus air banjir tersebut.

“Mayat mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat, dimana mangsa telah disahkan meninggal,” kata jurucakap tersebut kepada media pagi tadi.

Sebelum itu, bilik operasi balai bomba dan penyelamat telah menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 10.16 malam kelmarin.

Kedua anggota bomba dan penyelamat dari balai bomba dan penyelamat Sipitang dan Beaufort terlibat didalam usaha menyelamat mangsa terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *