Budak perempuan cedera dipukul pak cik di Batu Arang, Labuan

7 September 2017

LABUAN – Pihak polis sedang mengesan seorang lelaki berumur 36 tahun kerana telah mencederakan anak buah perempuannya yang berumur 11 tahun di Simpang Amanda 18, Kampung Batu Arang sini kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Labuan, DSP Mohd Ibrahim Mohd Ghani berkata, kakak mangsa telah membuat laporan polis pada hari yang sama jam 7.52 malam.

“Laporan polis itu mengatakan pada jam 8 pagi kelmarin, mangsa telah beberapa kali dipukul oleh pak ciknya dengan menggunakan kayu kecil bersaiz seperti batang penyapu.

“Punca kejadian adalah berpunca dari kehilangan kad memori telefon milik pakcik terbabit.

“Dalam kejadian ini mangsa telah mengalami kecederaan benjol di kepala, lebam di bahagian badan dan kaki serta calar di bahagian badan,” katanya kepada pihak media tengah hari tadi.

Beliau berkata lanjut, kejadian itu telah diketahui oleh ibu saudara mangsa dan telah meminta nasihat dari ketua kampung, dimana atas nasihat dan bantuan ketua kampung tersebut, kakak mangsa telah dibawa bersama mangsa ke balai polis Labuan untuk membuat laporan polis.

Mangsa tersebut yang tidak bersekolah dan tinggal bersama ibunya telah dibawa ke Hospital Labuan untuk menerima rawatan lanjut.

Pada hari kejadian, ibu mangsa tidak berada di rumah. Manakala, suspek tinggal di sebelah rumah mangsa.

Kes ini disiasat dibawah Seksyen 323/18A Kanun Keseksaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *