Dua buah rumah terbakar di Rancha Rancha Darat

17 September 2017

LABUAN – Dua buah rumah kayu iaitu jenis separuh kekal terbakar dalam insiden kebakaran yang berlaku pagi tadi di Kampung Rancha Rancha Darat sini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan berkata, pihak mereka telah menerima panggilan kecemasan untuk memaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 8.18 pagi.

“Salah satu rumah yang dikenal pasti milik Abdul Rahim Yahya telah terbakar sebanyak 90 peratus. Manakala, rumah jiran yang dikenal pasti sebagai milik Hamidi Hassan turut musnah dan mengalami kebakaran sebanyak 60 peratus.

“Namun demikian, tiada kecederaan yang dilaporkan berlaku dalam insiden ini,” katanya.

Beliau berkata lanjut, seramai 13 ahli keluarga tinggal di kedua buah rumah yang terbakar itu.

Manakala, punca kejadian masih lagi dalam siasatan.

Operasi memadam kebakaran tersebut tamat pada jam 9.42 pagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *