Lelaki maut direnjat elektrik di Batu 8, Sandakan

2 Oktober 2017

SANDAKAN – Seorang lelaki berumur 31 tahun maut di tempat kejadian setelah terkena renjatan elektrik di Bandar Mega, Batu 8 sini kelmarin.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 4.47 petang.

Enam pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan bergegas ke lokasi kejadian dan telah menemui mayat mangsa tertiarap berhampiran dengan tiang elektrik.

Pihak polis masih menyiasat punca kejadian kes tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *