Pelan pembangunan Pulau Labuan dilancarkan

9 Oktober 2017

LABUAN – Pelancaran Buku Pelan Strategik Perbadanan Labuan (PL) 2017 – 2021 menggariskan lima teras strategik untuk mencapai visi dan misi PL.

Buku pelan strategik yang dilancarkan oleh pengerusi PL merangkap Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli di Ujana Kewangan memberi tumpuan kepada pengurusan organisasi, pembangunan, perkhidmatan perbandaran, dasar penguatkuasaan dan ekonomi.

Lima teras ekonomi tersebut ialah:

1. Memperkasa tadbir urus dan sistem penyampaian perkhidmatan untuk mensejahterakan rakyat.
2. Memantapkan perancangan pembangunan fizikal dan prasarana untuk kemampanan persekitaran.
3. Meningkatkan kualiti perkhidmatan perbandaran ke arah menjadikan pulau yang bersih, selesa dan ceria.
4. Memantapkan perundangan dan memperkasakan penguatkuasaan bagi menjamin pengurusan Wilayah Persekutuan Labuan yang efisyen.
5. Menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan ekonomi Labuan yang berdaya saing.

Pelancaran buku pelan strategik itu dilaksanakan ketika Majlis Perasmian Penutupan Hari Bersama Pelanggan PL (HBPL) yang diadakan dua kali setiap tahun.

Pelbagai pertandingan diadakan untuk orang ramai yang turut serta dalam memeriahkan program HBPL tersebut.

Antaranya ialah pertandingan buskers, explorace HBPL, mewarna, reka cipta inovasi kitar semula dan sebagainya.

Selain pertandingan, PL turut membuka kaunter seperti kaunter perkhidmatan semakan kompaun premis perniagaan dan letak kereta, semakan cukai kadaran dan tunggakan sewaan rumah, permohonan lesen perniagaan, pendaftaran kad ceria, Hari Pengampunan Perpustakaan Awam (memulangkan buku-buku yang telah lewat tanpa dikenakan didenda), aduan awam, cadangan penambaikan perkhidmatan PL dan kempen pengurangan beg plastik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *