Dua buah rumah dijilat api di Putatan

26 Oktober 2017

KOTA KINABALU – Sebuah rumah musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran yang berlaku petang tadi di Kampung Baru Lok Kawi, Putatan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, pihak mereka telah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada jam 1.56 petang.

“Selain dari rumah itu, rumah jiran turut terkena sambaran api terbabit. Namun, rumah kedua itu hanya mengalami sedikit kebakaran.

“Api kebakaran berjaya dikawal pada jam 2.30 petang. Tiada mangsa cedera dilaporkan dalam kejadian ini dan punca kejadian masih lagi dalam siasatan,” katanya.

Pasukan dari balai bomba dan penyelamat Penampang dan pasukan bomba tentera dari Kem Tentera Lok Kawi terlibat didalam memadam api kebakaran tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *