Mayat nelayan yang hilang di perairan Menumbok ditemui

2 November 2017

MENUMBOK – Mayat nelayan yang hilang di perairan pantai Tanjung Aru sini pada malam Selasa lalu telah ditemui terapung berdekatan dengan pantai iaitu pada tiga batu nautika timur dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang.

Jurucakap bagi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan berkata, mayat mangsa iaitu Ag Tahir Daud berumur 51 tahun itu ditemui pada jam 7 pagi tadi oleh nelayan tempatan yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hopital Besar Kuala Penyu untuk pengesahan.

“Mangsa telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kg. Kerukan, Kuala Penyu pada jam 2.30 petang tadi,” katanya.

Turut serta dalam operasi itu ialah pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Penyu, Polis Marin Labuan dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *