Dua beradik terselamat dalam insiden kebakaran di Sawangan Cina

PHOTO: SALAH seorang anggota bomba dan penyelamat memadam kebakaran di rumah sewa terbabit. 

17 November 2017

LABUAN – Dua beradik perempuan berumur enam dan lapan tahun berjaya menyelamatkan diri dalam insiden kebakaran yang berlaku di Kampung Sawangan Cina sini kelmarin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Jainal@Zainal Madasin berkata, pusat operasi mereka telah menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada jam 3.50 petang.

“Ketika kejadian itu berlaku, kakak yang berumur lapan tahun sedang tidur. Kepantasan adiknya untuk mengejutkan kakaknya yang sedang tidur itu lalu bergegas keluar rumah menyebabkan kedua adik-beradik tersebut selamat.

“Pada masa kebakaran, kedua ibu bapa kanak-kanak terbabit tiada di rumah sewa berkenaan kerana keluar bekerja,” katanya.

Jainal berkata lanjut, terdapat lima rumah sewa yang bersambung antara satu sama lain di situ, dimana 80 peratus rumah sewa tersebut musnah dijilat api.

Sejumlah 21 warganegara ini yang tinggal di rumah sewa terbabit kehilangan tempat tinggal.

Sementara itu, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan dalam insiden ini.

Manakala, punca kejadian kebakaran itu masih lagi disiasat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *