Polis serbu pusat hiburan tanpa lesen di Bandar Labuan

FOTO: SALAH satu premis hiburan yang diserbu dalam operasi tersebut.

17 November 2017

LABUAN – Pihak polis menyerbu salah sebuah pusat hiburan yang beroperasi di Bandar Labuan yang beroperasi tanpa lesen perniagaan dan hiburan yang sah.

Ketua Polis Daerah Labuan, ACP Adzhar Othman berkata, serbuan tersebut dilakukan pada jam 2.35 pagi tadi.

“Semasa pemeriksaan dilaksanakan, permis terbabit masih lagi beroperasi melebihi waktu yang ditetapkan.

“Pegawai serta anggota kita turut membuat pemeriksaan di beberapa pusat hiburan lain di sekitar Bandar Labuan dan telah memeriksa beberapa orang di premis berkenaan,” katanya.

Sejumlah 16 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan (GRO) telah dibawa ke balai polis untuk ujian saringan awal air kencing.

Kesemua wanita tersebut dibebaskan tanpa syarat kerana mereka mempunyai dokumen yang masih sah dan tiada berlaku sebarang pelanggaran undang-undang.

Sementara itu, Adzhar berkata, seorang lelaki tempatan berumur 40 tahun iaitu pengurus di salah sebuah premis yang diserbu telah ditangkap untuk membantu siasatan.

Antara barangan yang dirampas dalam operasi itu ialah pelbagai peralatan muzik termasuklah mesin pencetak resit, televisyen, pemain DVD dan sebagainya.

Kes pusat hiburan yang melanggar undang-undang tersebut disiasat dibawah Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1992.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, Adzhar memberi amaran kepada pengusaha pusat hiburan di sini untuk mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan didalam lesen perniagaan dibawah Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1992.

Akta tersebut menetapkan pusat hiburan untuk tidak beroperasi selepas jam dua pagi dari Ahad hingga Khamis dan pada Jumaat hingga Sabtu tidak beroperasi lebih dari jam tiga pagi.

Menurut Adzhar, pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan dibawah akta di atas disamping kesalahan lain  dibawah Akta Imigresen 1959/63 serta akta yang berkaitan sendainya terdapat pusat hiburan yang melanggar syarat lesen terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *