Seorang maut dan enam cedera dalam kemalangan di Bubul, Semporna

FOTO: SALAH seorang anggota bomba dan penyelamat menutup tubuh mangsa yang maut dalam kemalangan tersebut.

26 November 2017

SEMPORNA – Seorang lelaki maut dan enam lagi lelaki lain cedera ringan setelah kenderaan pacuan empat roda jenis Navara yang dinaiki mereka terbabas sendiri pada bahu jalan di kawasan Kampung Bubul sini pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, bilik operasi mereka telah menerima panggilan mengenai insiden tersebut pada jam 3.20 pagi.

”Enam mangsa yang cedera ringan telah dikejarkan ke hospital dengan menggunakan jentera EMRS, ambulan dan kenderaan awam,” katanya.

Keenam lelaki yang cedera ringan dikenal pasti sebagai Sam Gapar, 37 , Abdul Razid Ibrahim, 27, Mohd Azlan Darsan, 17, Dantin Dilasko, 37, Abdullah Gonsoris, 29, dan Hussin Osman, 20.

Sementara seorang lagi mangsa lelaki yang maut dalam insiden ini dikenal pasti sebagai Syahrudin Syaripudin berumur 31 tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *