Pelajar UMSKAL didedahkan dengan ilmu pertahanan awam

FOTO: PROF Norazah (duduk enam kiri) bergambar bersama pasukan siswa APM UMSKAL semester tiga.

7 December 2017

LABUAN – Seramai 66 orang anggota Pasukan Siswa Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (Pasukan Siswa APM UMSKAL) semester satu dan tiga telah menjalani program Latihan Medan Pasukan Siswa APM UMSKAL di Pusat Kawalan Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Labuan baru-baru ini.

Majlis Penutupan Latihan Medan Pasukan Siswa APM UMSKAL telah disempurnakan oleh YS. Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Profesor Madya Dr. Hjh. Norazah Mohd Suki selaku Pegawai Bersekutu Pasukan Siswa APM UMSKAL.

“Bekalan ilmu pertahanan awam secara teori dan praktikal, di samping semangat kesukarelawanan yang tinggi di kalangan sukarelawan amat bernilai bagi membantu APM Daerah dalam menghadapi bencana termasuk didalam melaksanakan sebarang aktiviti kesedaran keselamatan awam, kesiapsiagaan menghadapi kecemasan dan bencana” kata Prof. Norazah.

Melalui penyertaan dalam program ini, anggota Pasukan Siswa APM UMSKAL dapat melakukan aktiviti jungle tracking secara berkumpulan dan simulasi latihan menyelamat empat sudut (stretcher repelling) di Bukit Merinding, Pancur Hitam.

Mereka turut diberi pendedahan berkaitan aplikasi pengendalian peralatan kebombaan seperti waterax dan water pump bagi membantu menyelamat mangsa kebakaran, dan peralatan dalam ambulans untuk menyelamat mangsa di tempat kejadian, dan cara-cara yang betul bagi menaikkan mangsa ke dalam pengusung.

Sementara itu, Prof. Norazah baru-baru ini telah dianugerahkan Pingat Am Pertahanan Awam (P.A.P) di atas penglibatan aktif beliau dalam aktiviti Pasukan Siswa APM UMSKAL.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *