Penunggang motosikal maut di bulatan Taman Fulliwa

11 Disember 2017

LABUAN – Seorang tentera darat lelaki berumur 35 tahun maut apabila motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggangi olehnya terbabas berhampiran dengan bulatan Taman Fulliwa sini pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Labuan, ACP Adzhar Othman berkata, mangsa tersebut dikenal pasti sebagai Rano Paulus Saidin.

“Kejadian ini berlaku lebih kurang pada jam 4.49 pagi, dimana mangsa menunggang motosikal seorang diri dari arah bandar menuju ke Taman Fulliwa.

“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa terbabit dipercayai telah terlanggar konkrit pembahagi jalan yang menyebabkan mangsa hilang kawalan lalu terjatuh ke atas jalan.

“Kesan daripada perlanggaran itu, mangsa telah mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala,” katanya.

Adzhar berkata lanjut, mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian dan ianya disahkan oleh pegawai perubatan Hospital Nukleus Labuan.

Mayat mangsa telah dihantar ke hospital dengan menggunakan kenderaan polis untuk dibedah siasat.

Motosikal mangsa telah mengalami kerosakan teruk pada bahagian hadapan dan kerosakan lain yang masih dalam siasatan.

Menurut Adzhar, kes ini disiasat dibawah Seksyen 41(1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *