Tiga belas lokasi di Penampang terjejas oleh banjir

FOTO: ANTARA penduduk yang diselamatkan oleh anggota bomba dan penyelamat di salah sebuah lokasi yang terjejas di Penampang.

19 Disember 2017

PENAMPANG – Sejumlah 13 kawasan di sekitar Daerah Penampang sini masih terjejas ekoran banjir yang melanda daerah tersebut.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, maklumat tersebut diperolehi pada jam 8.30 pagi tadi.

“Antara kawasan yang terjejas ialah seperti Country Shangrila (Jalan Panglima Banting), Kibabaig, Penampang Proper, Nambazan, Pinapah Kondis, Sugud, Maag, Inobong, Kolopis, Tuavon, Kambau, Dungkahang dan Kituau.

“Manakala, empat dari 13 lokasi tersebut iaitu Jalan Pangliman Banting, Pinapah Kondis, Sugud dan Penampang Proper terjejas teruk dan tidak boleh dilalui sama sekali oleh semua jenis kenderaan,” katanya.

Lanjut beliau, bacaan paras air Sungai Moyog pada jam 8.05 pagi tadi ialah 9.10 meter dan dikategorikan sebagai kritikal.

Penduduk yang berada di sekitar kawasan yang terjejas diminta agar sentiasa berhati-hati dan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan serta mengikut arahan daripada pihak berkuasa.

Bilik Gerakan Banjir Daerah Penampang boleh dihubungi pada talian 088 -726 054.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *