Dua pemandu selamat dalam kemalangan ngeri di Jalan Lapangan Terbang Labuan

FOTO: KERETA Mitsubishi terbalik dalam kemalangan tersebut. Sementara, kereta Proton Saga yang terlibat dalam perlanggaran ini dapat dilihat di belakang.

6 Januari 2018

LABUAN – Dua pemandu selamat dalam kejadian kemalangan yang berlaku pada jam 3.30 pagi tadi di Jalan Tun Mustapha berdekatan dengan lampu isyarat Lapangan Terbang Labuan.

Ketua Polis Daerah Labuan, ACP Adzhar Othman berkata, dua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan ini ialah kereta Mitsubishi ASX yang dipandu oleh lelaki tempatan berumur 27 tahun dan Proton Saga BLM yang dipandu oleh lelaki tempatan berumur 31 tahun.

“Pemandu kereta Mitsubishi itu hanya mengalami luka kecil. Sementara, pemandu Proton Saga itu tidak mengalami apa-apa kecederaan,” katanya.

Beliau berkata lanjut, siasatan awal mendapati pemandu kenderaan Mitsubishi tersebut yang sedang bergerak dari arah Durian Tunjung menuju ke bandar telah berlanggar dengan kereta Proton Saga yang bergerak dari arah bandar menuju ke lapangan terbang.

Setelah perlanggaran itu, pemandu kenderaan Mitsubishi itu kemudiannya merempuh tiang lampu pada sebelah kiri jalan lalu terbalik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *