Staf Pejabat Meteorologi Labuan lafaz ikrar bebas rasuah

20 Januari 2018

LABUAN – Pegawai dan kakitangan Pejabat Meteorologi Labuan telah melafazkan ikrar bebas rasuah sebagai tanda sokongan memerangi rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa kelmarin.

Lafaz ikrar bebas rasuah telah dipimpin oleh pemangku pengarah Pejabat Metereologi Labuan, Mazrin Maring yang diikuti oleh semua pegawai dan kakitangan yang hadir.

Majlis tersebut disaksikan oleh timbalan pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan, penguasa kanan Geoffrey Tawayan.

Kesemua pegawai dan kakitangan Pejabat Meteorologi Labuan menyatakan sokongan kepada SPRM dengan menjadi ahli Sahabat Gerah SPRM.

Pejabat Meteorologi Labuan merupakan agensi kerajaan pertama yang melafazkan ikrar bebas rasuah pada tahun 2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *