Kanak-kanak berumur tujuh tahun rentung di Putatan

26 Januari 2018

PUTATAN – Seorang kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun rentung dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Tembongon sini pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, bilik gerakan operasi mereka telah menerima panggilan kecemasan tersebut pada jam 3.35 pagi.

“Identiti mangsa kanak-kanak itu belum lagi dikenal pasti. Sementara, seorang lagi mangsa wanita berumur 26 tahun cedera parah, dimana tubuh mangsa melecur 50 peratus akibat kebakaran tersebut.

“Sejumlah empat buah rumah hangus terbakar dalam kejadian ini,” kata jurucakap tersebut.

Seramai 22 anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Penampang dan Kota Kinabalu terlibat dalam operasi memadam kebakaran di lokasi kejadian.

Operasi memadam kebakaran ini tamat sepenuhnya pada jam 7.15 pagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *