Tiga mangsa selamat dalam kemalangan di Jalan Keningau-Tenom

FOTO: MANGSA berumur enam tahun didukung oleh salah seorang anggota bomba dan penyelamat wanita untuk dihantar ke hospital.

26 Januari 2018

KENINGAU – Tiga mangsa masing-masing berumur 43 (wanita) , 25 (lelaki) dan enam (lelaki) tahun terlibat dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di Jalan Keningau-Tenom kelmarin.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, insiden itu melibatkan pertembungan antara kenderaan jenis Toyota Hilux dan Proton Iswara di kawasan berhampiran dengan Sekolah Rendah Yuk Kong.

“Ketiga mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dalam insiden ini, dimana kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba dan penyelamat ke lokasi kejadian.

“Kesemua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Keningau dengan menggunakan jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan lanjut,” kata jurucakap tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *