Lapan mangsa terlibat dalam kemalangan di Jalan Papar Lama

27 Januari 2018

PENAMPANG – Lapan mangsa terlibat dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di Jalan Lama Penampang-Papar sini kelmarin.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, pihak mereka telah menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada jam 4.27 petang.

“Kereta jenis Toyota Vigo yang dinaiki oleh kesemua mangsa tersebut didapati terbabas sendiri sebelum melanggar pembahagi jalan.

“Mangsa yang terlibat ialah dua lelaki dewasa, dua perempuan dewasa, dua kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan. Salah seorang mangsa iaitu kanak-kanak lelaki berumur lima tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Kesemua mangsa telah dikejarkan ke hospital dengan menggunakan kenderaan awam dan jentera EMRS,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *