Standard Jalan Pintas Kampung Gersik perlu dinilai semula

28 Januari 2018

Pihak berwajib diseru untuk menilai semula keadaan Jalan Pintas Kampung Gersik, Labuan yang dilihat tidak menepati ‘piawaian’ yang sepatutnya. 

Jika dilihat pada gambar di atas, lorong tersebut seolah-olah menunjukkan ianya adalah dua lorong dalam satu hala. Namun, pada hakikatnya, lorong pada sebelah kiri itu kurang selamat untuk dilalui.

Walaupun belum ada kemalangan yang dilaporkan berlaku di kawasan jalan ini yang telah dibuka kepada pengguna jalan raya pada 15 Ogos 2016 setelah mendapat Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) dari jabatan berkenaan, tetapi keadaan lorong kiri pada jalan ini agak ‘menyeramkan’.

Situasi ini sudah tentunya mencemaskan kepada pengguna jalan raya yang baharu pertama kali lalu di jalan ini, dimana mereka menyangka jalan raya ini adalah dua lorong, namun, di pertengahan jalan, mereka yang menggunakan lorong kiri terpaksa berpindah ke lorong kanan untuk pemanduan yang lebih selesa. 

Berdasarkan maklumat, projek pembinaan Jalan Pintas Kampung Gersik yang dirasmikan pada 31 Julai 2016 ini menelan belanja sebanyak RM20.56 juta.

Sebelum itu, projek pembinaan jalan raya sepanjang 1.150 meter dengan kelebaran 3.5 meter tersebut telah mula dilaksanakan pada 11 Ogos 2014.

Pelaksanaan projek ini bertujuan untuk mengurangkan aliran trafik yang
tinggi melibatkan Jalan Tun Mustapha yang digunakan penduduk setempat untuk ke kawasan bandar serta kawasan perindustrian Rancha-Rancha.

Berbalik kepada poin di atas, sekurang-kurangnya ‘tanda awas’ atau tanda yang menunjukkan jalan sempit diletakkan di tepi jalan untuk mengingatkan pemandu mengenai keadaan jalan di situ demi keselamatan pengguna. 

Jika mempunyai peruntukan, Jalan Pintas Kampung Gersik ini boleh dinaik taraf menjadi dua lorong untuk satu hala.   

KEDUA lorong kanan dan kiri agak luas ketika memasuki jalan pintas ini dari Jalan Tun Mustapha.
Namun, lorong kiri jalan pintas ini kemudiannya mengecil di pertengahan jalan sebelum menjadi luas kembali di penghujung jalan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *