Pengakap Labuan adakan mesyuarat pertama pada tahun ini

18 Februari 2018

LABUAN – Persekutuan Pengakap Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan telah mengadakan mesyuarat Majlis Pemimpin Pengakap Wilayah Persekutuan Labuan buat pertama kalinya untuk tahun ini dengan dipengerusikan oleh ketua pesuruhjaya negeri, Skip Hong Heng Chee.

Sebanyak 12 kumpulan daripada tujuh sekolah rendah dan lima sekolah menengah di Labuan telah menghantar wakil ke mesyuarat ini.

Antara intipati mesyuarat ini adalah prosedur pendaftaran, tentatif latihan dan program yang akan diadakan sepanjang tahun 2018.

Sejurus selepas mesyuarat itu, majlis penyampaian perutusan tahun baru 2018 turut diadakan di tempat yang sama.

Perutusan tahun baru itu telah disampaikan oleh Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri, Datuk Seri Mohd Alias A. Rahman.

Di dalam perutusan ini, beliau menggalakkan pemimpin pengakap Labuan untuk berusaha dengan lebih gigih untuk menaikkan nama Pengakap Wilayah Persekutuan Labuan.

Selanjutnya, beliau berkata, anak-anak pengakap harus dibantu untuk mencapai potensi terbaik didalam diri mereka dan menanam semangat kepengakapan sehingga akhir hayat.

Beliau turut menyeru agar semua pengakap bersatu tanpa mengira bangsa dan agama.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Naib Yang Dipertua (II), Datin Dayang Pungut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *