Lebih 20 buah rumah setinggan musnah di Likas

1 Mac 2018

KOTA KINABALU – Lebih daripada 20 buah rumah setinggan musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Cenderamata Dua, Likas pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, pihak mereka telah menerima panggilan kecemasan terbabit pada jam 5.24 pagi, dimana kawasan yang terbabit dalam kejadian itu ialah seluas dua ekar.

Seramai 38 pegawai dan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Kota Kinabalu dan Jalan Lintas terlibat didalam operasi memadam kebakaran itu.

Kebakaran tersebut berjaya dikawal pada jam 6.20 pagi.

Sementara itu, punca kejadian tersebut masih dalam siasatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *