Lima buah bot milik polis marin terbakar di Lahad Datu

2 Mac 2018

LAHAD DATU – Pihak polis marin dikejutkan apabila lima buah bot milik Pasukan Gerakan Am yang ditempatkan di jeti Pangkalan Marin Lahad Datu terbakar pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Negeri Sabah menerima panggilan kecemasan tersebut pada jam 11.50 pagi melalui Mers 999 iaitu dari Pangkalan Marin Lahad Datu.

Pasukan Bomba telah berjaya memadam kebakaran pada kelima bot itu pada jam 12.12 tengah hari.

Kebakaran itu dipadam dengan menggunakan kaedah semburan buih.

Seramai 12 pegawai dan anggota bomba digerakkan ke lokasi kejadian.

Tiada kecederaan dan kematian dilaporkan dalam insiden terbabit.

Sementara itu, punca kebakaran masih dalam siasatan. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *