Wakil Ranau muncul juara dalam Pertandingan Gusti Lengan Peringkat Labuan

7 Mac 2018

FOTO: Shamsul Samun (tengah) dari Ranau muncul juara dalam Pertandingan Gusti Lengan Hari Wilayah Persekutuan 2018 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang diadakan di Kampung Gersik, Labuan pada Ahad lalu.

Sementara itu, tempat kedua dan ketiga masing-masing disandang oleh Ag Sulaiman Pg Osman (kanan) dari Papar dan Ag Muhd. Fahmi Hj. Manan (kiri) dari Brunei Darussalam.

Lebih kurang 20 peserta dari Labuan, Sabah dan Brunei turut serta dalam pertandingan itu yang dianjurkan oleh Persatuan Gusti Lengan Wilayah Persekutuan Labuan.

Turut memberi sokongan dalam pertandingan ini ialah Majlis Belia Labuan, Pemuda Umno Labuan dan JKKK Kampung Gersik/Saguking.  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *