Gempa Bumi Terbaru: Tiada mangsa di Gunung Kinabalu

FOTO: KELIHATAN salah seorang mangsa didukung oleh anggota bomba menuruni Gunung Kinabalu semalam.

9 Mac 2018

RANAU – Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku berikutan gempa bumi berskala 5.0 richter di lokasi 16 kilometer Barat Laut Ranau semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, ketika kejadian berlaku, terdapat 239 staf dan pendaki yang berada di Laban Rata.

“Kesemua pendaki terbahagi kepada lapan kumpulan. Mereka telah turun ke Timpohon dari Laban Rata, dimana kumpulan pertama sampai pada jam 1.28 pagi. Sementara, kumpulan terakhir sampai pada jam 4.19 pagi.

“Tindakan pasukan bomba dan penyelamat (pasukan Mosar, pasukan Storm dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ranau) telah membantu proses mengiringi mangsa turun ke Timpohon.

“Operasi menyelamat tersebut ditamatkan pada jam 4.25 pagi tadi,” kata jurucakap tersebut.

Aktiviti pendakian di Gunung Kinabalu dibatalkan buat sementara waktu dan tiada amaran tsunami yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia setakat ini.

Tindakan pemantauan di kawasan setempat seperti Papar, Lintas, Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang dan Kota Belud turut dijalankan bagi memastikan maklumat perincian tepat diperolehi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *