Miliki syabu 51.18 gram: Warga Filipina ditahan di Kiamsam

FOTO: MUHAMAD FARID (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas dari lelaki Filipina. Turut kelihatan dua orang pegawai kanannya.

9 Mac 2018

LABUAN – Seorang lelaki warga Filipina berumur 20 tahun telah ditahan polis di Kiamsam pada 6 Mac lalu jam 6.40 petang kerana disyaki terlibat dengan aktiviti dadah.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintenden Muhamad Farid Ahmad berkata, ketika ditahan pihak polis telah menemui satu plastik lutsinar berisi ketulan kristal yang disyaki dadah jenis syabu yang disembunyikan oleh suspek di dalam poket seluarnya.

“Berat kasar dadah tersebut ialah 51.18 gram dan dianggarkan bernilai RM5,000.

“Suspek yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah itu telah dibawa ke balai polis dan direman di Mahkamah Wilayah Persekutuan Labuan selama tujuh hari bermula 7 Mac ini,” katanya kepada pihak media kelmarin.

Beliau berkata lanjut, suspek tersebut disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, dimana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara seumur hidup atau gantung sampai mati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *