Tiada mangsa terlibat dalam kebakaran di Taman Mutiara

FOTO: KAWASAN ruang tamu yang terbakar di dalam rumah terbabit. 

29 Mac 2018

LABUAN – Penduduk di sekitar Taman Perumahan Mutiara dikejutkan dengan kejadian kebakaran yang berlaku di salah sebuah rumah di Blok M, tingkat tiga sini pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Jainal@Zainal Madasin berkata, pihak mereka telah menerima panggilan mengenai insiden tersebut pada jam 9.15 pagi.

“Kebakaran tersebut hanya berlaku pada kawasan ruang tamu rumah tersebut, dimana api dalam rumah itu telah padam ketika anggota kami masuk ke dalam rumah terbabit,” katanya.

Beliau berkata lanjut, anggota bomba terpaksa menggunakan alat pemotong untuk memotong kunci pintu kerana pintu rumah berkenaan dalam keadaan berkunci.   

Sejumlah 11 orang anggota bomba terlibat didalam operasi memadam kebakaran rumah tersebut dan tiada mangsa dilaporkan terlibat didalam kebakaran ini.

Operasi memadam kebakaran itu tamat sepenuhnya pada jam 10.17 pagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *