UMSKAL anjur tayangan filem, orang ramai dijemput hadir

26 April 2018

LABUAN – Kelab Sukarelawan Autisme Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) dan Pusat Autisme UMSKAL akan mengadakan Tayangan Amal Filem ‘Redha’ pada 28 April ini dari jam 8 hingga 11 malam di kampus tersebut.

Jurucakap program berkata, tayangan filem itu dianjurkan sempena Bulan Kesedaran Autisme.

“Objektif tayangan ini adalah untuk menghargai insan istimewa yang menghidap autisme dan memupuk kesedaran tentang masalah autisme dikalangan masyarakat dan pelajar UMSKAL.

“Ianya juga untuk mengurangkan diskriminasi terhadap golongan yang mempunyai masalah austisme,” katanya.

Tiket untuk menonton filem tersebut dijual pada harga RM20 untuk dewasa dan RM10 bagi pelajar dan kanak-kanak.

Bagi yang berminat untuk membeli tiket bolehlah menghubungi 017-2310806.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *