Mercu tanda Labuan baharu

14 September 2018

LABUAN: Labuan kini memiliki mercu tanda ‘Love Labuan’ di Dataran Labuan sepertimana yang terdapat di tempat lain seperti Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu. Uniknya mercu tanda tersebut tiada perkataan ‘I’ seperti I Love KL dan I Love KK.

Mercu tanda tersebut dilancarkan semalam oleh pihak Perbadanan Labuan. Dijangka orang yang berkunjung ke Pulau Labuan akan mengambil gambar di mercu tanda itu sebagai bukti yang mereka pernah berkunjung ke pulau ini.    

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *