Sertai peraduan foto kemerdekaan YKP sebelum 16 Sept

14 September 2018

KUALA LUMPUR – Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) sedang menganjurkan Peraduan Foto Merdeka dengan tema ‘Saya Sayang Malaysia’ sehingga 16 September ini, sebagai sebahagian daripada program khidmat masyarakatnya.

Bagi menyertai peraduan, peserta hanya perlu mendaftar sebagai ahli Perpustakaan YKP, ikuti @plfperdana di Instagram, muat naik foto dan tag penganjur @plfperdana dengan #plfmerdeka2018.

“Peserta juga perlu mengemukakan kapsyen dalam 50 perkataan atau kurang, mengapa anda mencintai Malaysia, dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

“Peserta boleh mengemukakan seberapa banyak penyertaan selagi mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan,” kata jurucakap YKP pada hari ini.

Hadiah wang tunai sehingga RM1,000 disediakan dan pemenang akan diumumkan pada 28 Sept ini.

Kumpulan DRB-Hicom adalah penaja pertandingan tahun kedua YKP ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan, lawati laman YKP di http://www.perdana.org.my/our-e-magazine/latest-articles/item/plf-merdeka-photo-contest-18 -Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *