LDA serahkan semula pengurusan letak kereta kepada PL

28 September 2018

LABUAN – LDA (Holdings) Sdn Bhd telah menyerahkan semula pengurusan letak kereta kepada Perbadanan Labuan (PL) bermula 1 Oktober ini.

Dalam majlis penyerahan semula yang diadakan di Wisma Perbadanan Labuan petang tadi, pihak PL akan menguruskan jualan kupon letak kereta dan memperkemaskan kaedah pengurusan tindakan susulan notis ‘over parking’ (OP) serta kaedah pengurusan permohonan rezab petak letak kereta.

“PL juga akan menguruskan permohonan pas bulanan letak kereta dan permohonan penggunaan tempat letak kereta untuk pelbagai aktiviti selain dari meletakkan kenderaan.

“Sebanyak 2,564 lot letak kereta di pusat bandar juga akan diurus dengan cekap, selain memperkemaskan kaedah meletakkan motor di pusat bandar dengan selamat dan teratur.

“Setakat ini, parkir motor di pusat bandar telah ditambah dan kini kesemuanya berjumlah 313 lot,” kata jurucakap PL.

Beliau berkata lanjut, PL turut menambahbaik dan menyediakan lebih kurang 485 lot letak kereta baharu, dimana 30 lot merupakan tambahan seperti di kawasan Medan Selera (33 lot), Jalan Wawasan (46 lot), kawasan bersebelahan Hotel Dorsett Grand (30 lot), kawasan Dataran Labuan (75 lot), Labuan Times Square (85 lot) dan Kawasan Lazenda (183 lot).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *