Kereta sapu beroperasi secara bebas berhampiran Menara PL

2 Oktober 2018

LABUAN – Pihak berkuasa di Wilayah Persekutuan Labuan diseru untuk memantau aktiviti kereta sapu yang dilihat beroperasi secara bebas berhampiran dengan Menara Perbadanan Labuan (PL).

Operasi kereta sapu tersebut masih berjalan walaupun tindakan yang pernah diambil kepada mereka sebelum ini.

“Aktiviti mereka menyebabkan beberapa kesulitan timbul di kawasan letak kereta tersebut kerana kawasan itu bukan untuk tujuan menunggu dan mengambil penumpang.

“Saya berharap pihak berkuasa akan melakukan sesuatu untuk mengekang operasi kereta sapu berkenaan. Mereka yang terlibat telah menyalahgunakan kawasan letak kereta itu, dimana ianya seharusnya digunakan oleh mereka yang mahu meletak kenderaan mereka di sana dengan menunjukkan kupon letak kereta.

“Pengangkutan awam sendiri mempunyai stesen utama mereka di UTC Labuan,” kata salah seorang pengguna jalan raya di sini kepada Labuan Times pagi tadi.

Kehadiran kereta sapu di kawasan tersebut menyebabkan ‘ketidakpuasan hati’ dikalangan pengguna jalan raya yang lain.

Pada tahun lepas, beberapa kenderaan yang menjalankan aktiviti kereta sapu di sini telah disita oleh pihak berkuasa.  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *