‘Sinki’ Taman Awam Labuan tidak praktikal

3 April 2019

Sinki yang terdapat di Taman Awam Labuan didapati tidak praktikal kerana laluan keluar sisa air pada sinki tersebut adalah pada bahagian hadapan yang menimbulkan sedikit ketidakselesaan kepada pengguna.

Laluan sisa air tersebut sepatutnya pada arah lain sinki itu demi keselesaan pengguna.   

Walaupun, sinki itu dikatakan ‘drinking water dispenser‘, namun, laluan sisa air tersebut tetap tidak praktikal.

Diharapkan perkara ‘kecil’ ini mendapat perhatian daripada pihak berwajib untuk projek pembangunan yang seterusnya.

Menyentuh berkenaan dengan isu ‘drinking water dispenser’ tersebut, berapa ramai pengguna di Taman Awam Labuan yang merasa yakin untuk minum air dari mesin tersebut? Apakah air tersebut dirawat dan kualitinya terjamin? 

Keadaan mesin itu lebih sesuai untuk sekadar membasuh tangan yang sedikit kotor.  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *