Sambutan Hari Autisme: Warga Labuan dijemput hadir

5 April 2019

LABUAN – Warga Labuan dijemput hadir untuk turut serta dalam Sambutan Hari Autisme Dan Semarak Biru Tahun 2019 yang akan diadakan pada esok hari (6 April) di Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).

Pengerusi bagi Pusat Perkembangan Autisme UMSKAL, Zakiah Hassan berkata, objektif sambutan tersebut adalah untuk meraikan dan menghargai insan istimewa yang menghidap autisme serta memupuk kesedaran tentang masalah autisme dikalangan masyarakat dan pelajar universiti.

Sambutan ini juga bertujuan untuk mengurangkan diskriminasi terhadap golongan yang mempunyai masalah autisme, selain untuk menyemai rasa kasih sayang dalam setiap diri masyarakat serta pelajar,” katanya.

Program sambutan itu yang bermula dari jam 7 malam hingga 10 malam akan diisi dengan aktiviti seperti persembahan laskar pelangi dan ‘Lantern Walk Light It Blue‘.

Persatuan Autisme Labuan sebagai penganjur utama berharap sambutan itu akan menjadikan masyarakat lebih peka terhadap keadaan pesakit autisme selain pendedahan terhadap latihan dan pendidikan yang dilalui oleh pelajar autisme.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *