Pelajar SJKC Chi Wen rangkul emas dalam MiMAS 2019

LABUAN – Dua murid SJKC Chi Wen, Azriel Jeffri Chin dan Nicole Tiong, masing-masing murid tahun dua dan tiga telah berjaya merangkul pingat emas dalam pertandingan MiMAS 2019 (Malaysia International Mathematical Arithmetic for School) 2019 yang diadakan di seluruh negara baru-baru ini.

“Mereka berdua berjaya memenangi tempat pertama bagi kategori tahun dua dan tahun tiga. 

“Keputusan pertandingan tersebut diumumkan melalui halaman web rasmi MiMAS.

“Kemenangan dua murid ini telah mencatatkan sejarah bagi Labuan,” kata jurucakap bagi SJKC Chi Wen.

Jurucakap itu berkata lanjut, Azriel sebelum ini juga telah memenangi pingat emas bagi kategori tahun satu dalam pertandingan yang sama.

“Azriel telah mula menunjukan minat mengira sejak berumur empat tahun lagi. Dia akan sentiasa mengambil masa terluang untuk membuat latihan matematik.

“Selain itu, dia merupakan murid yang aktif dan mempunyai jadual harian yang padat; dimana dia akan ke sekolah pada sebelah pagi dan akan menghadiri tuisyen pada sebelah petang.

“Sementara itu, pada lewat petang pula dia akan menyertai latihan renang. Manakala, pada sebelah malam membuat kerja rumah sekolah dan mengulang kali pelajaran. Inilah rutin harian yang terpaksa dilaluinya pada setiap hari,” katanya.

Bagi Nicole Tiong Yen Hui pula, ianya merupakan pingat emas pertama yang dimenanginya dalam pertandingan ini.

Pada tahun lepas, Nicole telah merangkul pingat gangsa bagi kategori tahun dua.

Menurut guru panitia matematik SJKC Chi Wen, Lai Chai Yuen berkata, Azriel dan Nicole merupakan murid cemerlang SJKC Chi Wen dalam akedemik. 

“Mereka sangat aktif dalam bidang sukan renang dan telah mewakili sekolah dalam Kejohanan Renang Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan Labuan serta beberapa kejohanan renang di peringkat yang lebih tinggi.

“Ini menujukkan mereka adalah murid yang seimbang dalam semua bidang sama ada akedemik mahupun ko-kurikulum.

“Kemahiran dan kepantasan mengira matematik mereka telah mengharumkan nama sekolah SJKC Chi Wen khususnya dan Wilayah Persekutuan Labuan amnya,” katanya.

Dangan kejayaan ini, Azriel dan Nicole telah layak untuk bertanding di Pertandingan Akhir MiMAS-National Mental Arithmetic Olympiad dan Shermo Cup Mental Arithmetic International Competition yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, pada 1 hingga 2 Jun ini, dimana kedua pertandingan tersebut berlangsung secara serentak.

“Diharapkan mereka berdua akan melakukan yang terbaik dan memperolehi keputusan yang membanggakan kita di Labuan,” kata Cikgu Lai.

Sementara itu, jurucakap SJK Chi Wen berkata, jika Malaysia berbangga dengan “Human Calculator” Yaashwin Sarawanan di Asia Got Talent, Labuan juga bakal mempunyai dua “Human Calculator”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *