Polis marin temui semula motosikal di Sungai Tamparuli

FOTO: Unit Selam Polis Marin Sabah dalam misi mencari motosikal yang terhumban di Sungai Tamparuli.

2 Julai 2019

TAMPARULI — Sebuah motosikal yang terhumban ke dalam Sungai Tamparuli berjaya ditemui semula oleh pasukan unit penyelam Polis Marin Sabah petang kelmarin.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, ACP Hj. Mohamad Pajeri Ali berkata, pihak mereka telah menerima maklumat seorang penunggang motosikal yang terjatuh ke dalam sungai tersebut bersama dengan motosikal yang ditungganginya pada 30 Jun lalu.

“Misi pencarian motosikal itu yang melibatkan dua pegawai dan tujuh anggota polis marin telah dilaksanakan sejak pagi kelmarin, dimana unit penyelam kami akhirnya berjaya menemui motosikal itu.

“Motosikal itu telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Hj. Mohamad Pajeri mengucapkan syabas kepada unit penyelam itu yang berjaya menyelesaikan masalah tersebut.  

Selain tugas mencari barangan kes unit selam Polis Marin Sabah juga berperanan didalam mencari dan menyelamat orang hilang atau lemas di laut dan sungai; terlibat dengan kerja penyelenggaraan kapal bawah permukaan air dan sebagainya.

Motosikal yang terhumban itu berjaya ditemui semula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *