Uji Bakat Drama Gerak Khas: Warga Labuan dijemput hadir tonjolkan bakat

3 Julai 2019

LABUAN — Warga Labuan dijemput hadir ke sesi uji bakat untuk menjadi pelakon dalam drama bersiri terkenal, Gerak Khas di Anjung Budaya, Taman Damai Layang-Layangan pada jam 2.30 petang hari ini (Rabu).

Pengerusi Perbadanan Labuan (PL), Datuk Seri Amir Hussien berkata, uji bakat tersebut merupakan kerjasama antara Skop Productions Sdn Bhd dan PL untuk mengangkat nama baik Wilayah Persekutuan Labuan terutamanya dalam industri perfileman dan pelancongan.

“Penggambaran drama bersiri Gerak Khas akan diadakan di Labuan dalam pertengahan bulan ini,” katanya.  

Pengarah serta kakitangan Skop Productions akan memilih bakat dari warga Labuan untuk turut membintangi dalam drama bersiri tersebut. 

Foto: pixabay

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *