‘Tetamu’ sepanjang 12 kaki ditangkap di Tanjung Aru

14 Ogos 2019

LABUAN – Ular sawa sepanjang 12 kaki telah berjaya ditangkap oleh pasukan bomba dan penyelamat Labuan di salah sebuah rumah di Kampung Tanjung Aru sini semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan berkata, pihak mereka telah menerima laporan berkenaan dengan ular sawa tersebut pada jam 8.23 malam.

“Sejurus menerima panggilan demikian, seramai lapan orang pegawai dan anggota bomba bergegas ke rumah terbabit.

“Ular sawa itu ditemui di halaman rumah pengadu,” katanya.

Beliau berkata lanjut, ular tersebut telah dibawa ke balai bomba sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *