Kebakaran di Tanjung Purun: Kedua tangan lelaki melecur

30 Ogos 2019

LABUAN – Kedua belah tangan seorang lelaki berumur 40-an melecur setelah rumah dua tingkat jenis kayu yang didiami oleh mangsa musnah terbakar dalam kejadian kebakaran yang berlaku pagi tadi di Jalan Tanjung Purun berhampiran dengan Klinik Kesihatan Membidai sini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan berkata, mangsa telah dihantar ke hospital dengan menggunakan Jentera Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan tiada mangsa lain yang terlibat dalam insiden terbabit.

“Pihak kami telah menerima panggilan kecemasan tersebut pada jam 2.42 pagi, dimana api berjaya dikawal pada jam 3.02 pagi. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.12 pagi,” katanya dan menjelaskan punca kejadian masih dalam siasatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *